Tuesday, August 23, 2022

[1256.22] DEFINISI ‘MENGEDAR’ DADAH DI DALAM KES YANG DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH PERSEKUTUAN


Kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu kes TARMIZI YACOB & ANOR v. PP & ANOTHER APPEAL [2010] 2 MLRA 343, di hadapan Arifin Zakaria CJ Malaya, Richard Malanjum CJSS, James C Y Foong FCJ, Mahkamah Persekutuan telah secara jelas dan teliti membincangkan berkaitan definisi ‘mengedar’ yang melibatkan beberapa siri perbuatan dan / atau tindakan persediaan dengan tujuan mengedar dadah / preparatory act for the purpose of trafficking drugs.
Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa definisi ‘mengedar’ adalah melibatkan perbuatan / persediaan untuk tujuan mengedar dadah terdiri daripada beberapa siri tindakan berterusan yang melibatkan kepada perjanjian sehingga berjaya menyerahkan dadah kepada pihak lain. Perbuatan-perbuatan yang terlibat dalam mencapai tujuan ‘mengedar’ itu sendiri termasuk tindakan seperti mendapatkan bekalan, membungkus, menghantar dan pertemuan antara pihak-pihak.
Maka, dapat disimpulkan bahawa berdasarkan kepada prinsip kes di dalam kes Mahkamah Persekutuan tersebut, definisi mengedar dadah perlulah dibuktikan dengan menggunapakai elemen-elemen yang telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan iaitu melibatkan perbuatan / persediaan untuk tujuan mengedar dadah terdiri daripada beberapa siri tindakan berterusan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►