Seksyen 128 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan bahawa perbuatan menganiaya isteri atau suami adalah menjadi suatu kesalahan apabila seseorang suami atau isteri yang dengan sengaja menganiaya isterinya atau suaminya atau menipu harta isterinya atau suaminya.
Perbuatan tersebut adalah dikira sebagai suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu. Mahkamah kemudiannya boleh, sebagai perintah tambahan, memerintahkan supaya dibayar pampasan bagi harta yang telah ditipu itu.
Namun, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 tidak mentakrif perbuatan yang dikira sebagai aniaya seperti yang ditakrifkan oleh Akta Keganasan Rumahtangga 1994, yang telah mentafsir penderaan isteri, namun maksudnya adalah sama. Matlamat tetap sama iaitu keperluan utama ialah membuat laporan polis jika berlaku penganiayaan atau penderaan. Akta Keganasan Rumahtangga 1994, Enakmen menggariskan peruntukan yang berbentuk gender neutral, di mana mangsa boleh jadi suami atau isteri.
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..