Thursday, August 4, 2022

[1229.22] ANGGAPAN KEMATIAN (PRESUMPTION OF DEATH)


Seksyen 108 Akta Keterangan 1950 menyebut seperti yang berikut:-
"Apabila soalnya sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama tujuh (7) tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya."
Secara ringkasnya, untuk menggunapakai anggapan kematian perlulah memenuhi dua elemen utama iaitu:
1. Orang yang dikatakan mati tersebut sudah hilang, dan tidak langsung didengar khabarnya selama 7 tahun.
2. Dia mesti tidak didengar khabarnya pada masa itu oleh orang-orang yang secara semula jadi akan mendengar tentangnya.
Anggapan kematian ini kebiasaanya digunakan dalam kes-kes pembahagian harta pusaka kerana kematian perlu disahkan. Selain itu, kes di negara kita seperti kehilangan pesawat MH370 yang kini sudah memasuki 8 tahun juga boleh menggunakan anggapan kematian ini. Selain itu juga, dalam kes-kes pembubaran perkahwinan yang mana jika salah seorang pasangan dipercayai sudah mati atau tiada apa-apa perkhabaran selama tempoh 7 tahun atau lebih, membolehkan isteri untuk berkahwin semula.
Namun, bagi kes Syariah, di bawah Seksyen 50 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985, terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diteliti untuk berkahwin semula.
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►