Tuesday, July 26, 2022

[1211.22] KEGANASAN RUMAHTANGGA


Suami dan isteri seharusnya saling berkasih sayang dan hidup dalam keharmonian. Namun, seperti kata orang, tak semua perkahwinan itu indah belaka.
'Keganasan rumahtangga' didefinisikan dibawah Seksyen 2 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang mana, mana-mana perlakuan dibawah Seksyen tersebut merupakan satu kesalahan keganasan rumahtangga.
Badan Legislatif telah memepertimbangkan keganasan rumahtangga sebagai satu kategori khas yang memerlukan perhatian khusus. Apabila berlakunya keganasan rumahtangga dalam sesebuah hubungan suami isteri, ia boleh jatuh dibawah kesalahan jenayah dan pelaku boleh disabit dibawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang mana Seksyen tersebut bukan hanya kesalahan keatas pasangan bahkan juga terhadap bekas pasangan, anak, mahupun ahli keluarga yang lain.
Hukuman yang boleh dikenakan keatas pelaku keganasan rumahtangga ialah penjara selama tempoh dua kali ganda tempoh maksima yang dikenakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (Kebiasannya Seksyen 326A akan dibaca bersama Seksyen 323 Kanun Keseksaan).
Selain itu, Akta Keganasan Rumahtangga 1994 terpakai kepada semua, bagi memohon agar pelaku dihalang daripada memasuki rumah jika ia menimbulkan kegusaran atau bahaya keganasan terhadap anak atau isteri (PP v Ismahairi Ismail [2021] 1 LNS 1456).
Gambar sekadar hiasan.
Ain Syafiqeen


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►