Tuesday, July 26, 2022

[1212.22] PERUNTUKAN UNTUK MENGIKAT (BIND) DAN MENGUATKUASAKAN (ENFORCE) PERJANJIAN TIMBANG TARA


Keperluan undang-undang yang berkaitan dengan bentuk dan kandungan perjanjian timbang tara dinyatakan dalam Seksyen 9 Akta Timbang Tara 2005 (Arbitration Act 2005), yang menyediakan definisi berkanun dan bentuk perjanjian timbang tara. Keperluan undang-undang utama ialah:
1. Perjanjian timbang tara terkandung dalam perjanjian utama, atau dalam perjanjian berasingan, atau boleh digabungkan dengan rujukan. ATAU
2. perjanjian timbang tara mestilah secara bertulis, iaitu ia mestilah dokumen yang ditandatangani oleh pihak-pihak, atau terkandung dalam pertukaran komunikasi bertulis (exchange of written communication), atau dengan cara pertukaran pernyataan tuntutan dan pembelaan di mana wujudnya perjanjian untuk timbang tara didakwa oleh satu pihak dan tidak dinafikan oleh pihak yang lain.
Di bawah Seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005, apabila prosiding mahkamah dimulakan walaupun wujudnya perjanjian timbang tara yang sah, defendan mesti memasukkan kehadiran dalam prosiding mahkamah dan membuat permohonan untuk menangguhkan prosiding mahkamah sementara menunggu timbang tara. Jika pihak-pihak meneruskan prosiding mahkamah, pihak-pihak akan secara berkesan telah mengetepikan (waived) hak mereka untuk menimbang tara isu dan/atau pertikaian itu.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►