Jenayah komersil adalah jenayah yang melibatkan penipuan yang memperdaya seseorang atau syarikat untuk mendapatkan barang-barang dan wang melalui pemalsuan. Perkara ini sering kita lihat terjadi kepada masyarakat kerana keutamakan wang atau scammer ini terdesak kerana tiada pekerjaan.
JENIS-JENIS JENAYAH KOMERSIL
1. Penipuan Kad Kredit
2. Penipuan e-Banking
3. Penipuan Wasiat
4. Penipuan Insurans
5. Penipuan Antarabangsa
6. Penipuan Cinta
7. Jenayah Siber
Jenayah komersial juga mudah dilakukan kerana tidak perlu bersemuka, contohnya scam dan penipuan pinjaman yang boleh dibuat melalui panggilan telefon atau secara dalam talian, mungkin pemanggil berada di Kuala Lumpur (sebagai contoh) dan membuat panggilan ke Johor Bahru untuk menipu mangsa di sana.
Nasihat saya masyarakat perlulah sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik penipuan, termasuklah yang menggunakan latar belakang agama bagi meraih simpati orang ramai. Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda, boleh laporkan kepada mana-mana balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..