Permohonan injunksi secara sebelah pihak (ex-parte) tersebut adalah berturutan dengan Seksyen 200 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan Seksyen 107 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Antara isu yang boleh dibangkitkan atau alasan yang boleh diperincikan di dalam permohonan bagi mewajarkan suatu perintah terhadap pihak lagi satu adalah Pemohon dan Responden sedang melalui proses bicara bagi tuntutan perceraian secara menyatakan di dalam Afidavit berkaitan apa-apa kes lain yang sedang dibicarakan di Mahkamah lain, di Mahkamah Syariah. Jika berkaitan isu mana-mana pihak dicederakan, maka, perlu dinyatakan di dalam Afidavit secara jelas jenis kecederaan dialami bagi mewajarkan kepada suatu perintah tegahan. Turut boleh dinyatakan bersama rawatan yang diterima dan hospital yang dirujuk.
Bagi injunksi tegahan terhadap harta-harta pihak, perlulah dinyatakan dengan terperinci harta-harta yang dimiliki sama ada secara persendirian atau bersama tersebut dengan jelas. Turut perlu diperincikan adalah senarai harta-harta berserta dengan alamat dan maklumat hartanah / syer / wang misalnya, terutama yang dimiliki semasa tempoh pihak-pihak berkahwin serta alasan munasabah supaya suatu perintah dikeluarkan, seperti milikan bersama, terdapat tendency untuk mana-mana harta tersebut dialih / dijual/ dipindahmilik.
NOTA: Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..