Thursday, November 19, 2020

[711.20] SEKSYEN 383 KANUN KESEKSAAN : PEMERASAN/EXTORTION


Seksyen 383 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa:
Whoever intentionally puts any person in fear of any injury to that person or to any other, and thereby dishonestly induces the person so put in fear to deliver to any person any property or valuable security, or anything signed or sealed which may be converted into a valuable security, commits “extortion”.
Terdapat dua elemen yang perlu untuk dibuktikan oleh pihak pendakwaan iaitu berlakunya pemerasan dengan meletakkan mangsa di dalam ketakutan dan mangsa didorong dengan curangnya untuk menyerahkan harta atau cagaran berharga kepada tertuduh.
Takrifan “injury” adalah berdasarkan Seksyen 44 Kanun Keseksaan iaitu:
The word injury denotes any harm whatever illegally caused to any person, in body, mind, reputation or property.
Justeru, definisi “fear on injury” berdasarkan seksyen 383 juga bermaksud apa-apa tindakan yang menyebabkan seseorang itu berada di dalam ketakutan sehingga menyebabkan seseorang itu sanggup menyerahkan sesuatu barang atau harta yang berharga kepada pemeras ugut.
@Keyron Nisa
Subang Jaya, 2020


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►