Monday, April 11, 2022

[1160.22] MAJIKAN PECAT KERANA CUTI SAKIT?


Sepertimana yang kita tahu, setiap pekerja mempunyai hak ke atas cuti sakit namun pekerja tersebut harus memaklumkan kepada majikan/syarikat tentang cuti sakit tersebut. Bagaimana pula dengan situasi di mana pekerja tidak hadir ke pejabat kerana sakit dan majikan menghantar emel mengarahkan supaya pekerja tersebut hadir ke pejabat, kegagalan untuk hadir ke pejabat dalam masa 3 hari (atau mana-mana tempoh yang ditetapkan) akan menyebabkan pekerja tersebut dibuang kerja?
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 tidak ada memperuntukkan satu undang-undang khas mengenai notis pembuangan kerja. Namun, ia menyediakan 'medium' bagi pekerja-pekerja yang dibuang kerja di bawah Seksyen 20 Akta yang sama untuk membuat tuntutan atau 'reinstatement' jika pekerja tersebut mempercayai bahawa penamatan perkhidmatan mereka adalah dilakukan secara tidak adil.
Dalam kes Ambank (M) Bhd v Badrul Kamar Baharum & Anor [2016] 10 CLJ 187, Responden tidak hadir ke pejabat kerana sakit pada hari Isnin dan Selasa. Responden seharusnya ada di pejabat setiap hari selewatnya pada jam 8.45am. Dalam kes ini, Responden tidak mendapatkan MC dan tidak memberitahu Ambank mengenai MC tersebut. Pada hari Rabu, ketika Responden dalam perjalanan ke pejabat, pada sekitar jam lebih daripada 9.00am, Responden telah menerima sebuah panggilan telefon daripada Eksekutif Ambank yang menyatakan bahawa Responden telah diberhentikan kerja dengan serta-merta.
Dalam kes tersebut, walaupun Pemohon (Ambank) telah mengisukan surat amaran mengenai cuti sakit dan EL yang diambil oleh Responden, Mahkamah memutuskan bahawa pemberhentian yang dibuat oleh Ambank adalah bersifat tidak matang.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►