Monday, April 11, 2022

[1159.22] APA ITU PERMOHONAN INTERLOKUTORI?


Apabila Writ Saman dan pliding telah difailkan ke Mahkamah, Mahkamah kebiasaannya akan memberikan arahan kepada pihak-pihak untuk membuat persiapan untuk proses bicara.
Namun di dalam pada masa yang sama, mungkin terdapat permohonan-permohonan sampingan yang ingin difailkan oleh pihak Plaintif atau pihak Defendan semasa pliding-pliding difailkan atau sebelum proses bicara.
Permohonan-permohonan sampingan ini dikenali sebagai permohonan-permohonan interim atau interlokutori. Walaubagaimanapun perlu diketahui bahawa fasa ini tidak semestinya ada. Ia bergantung kepada kes dan arahan daripada anakguam peguamcara didalam sesebuah kes.
Di antara contoh permohonan interlokutori yang biasa adalah permohonan untuk mendapatkan Penghakiman Terus, permohonan untuk meminda Pliding, dan permohonan membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan.
Permohonan-permohonan ini kebanyakannya dibuat melalui Notis Permohonan yang akan difailkan bersama dengan Afidavit Sokongan. Ianya akan dihantar kepada peguamcara pihak lawan dan Afidavit tersebut perlu dijawab di dalam masa 14 hari.
Contohnya, sekiranya permohonan untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan dibenarkan oleh mahkamah, bermakna tuntutan Plaintif telah dibatalkan dan tidak boleh diteruskan atau dipertahankan lagi. Dalam keadaan demikian, tiada proses bicara akan berjalan.
GAMBAR SEKADAR HIASAN
NUR ZAHIRAH BAHARI
019-5658454


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►