Wednesday, March 30, 2022

[1146.22] BUKTI DAN KETERANGAN BARU DI PERINGKAT RAYUAN


Apabila kes telah diputuskan diperingkat bicara, semasa rayuan adalah medium untuk mendengar rayuan kes berkenaan sudut fakta dan perundangan yang mana prinsip utama rayuan adalah Mahkamah berbidangkuasa rayuan tidak akan menyentuh dan mengugat keputusan adal Mahkamah Bicara kecuali terdapatnya khilaf atau salah arah yang memerlukan masuk campur Mahkamah berbidangkuasa rayuan tersebut.
Semua hujahan rayuan adalah berkisarkan Rekod Rayuan yang disediakan oleh Mahkamah Bicara termasuk semua dokumentasi, ekhibits, pernyataan saksi-saksi, Nota Keterangan, Alasan Penghakiman dan lain-lain. Tiada dokumen dan ekshibit baru boleh dikemukakan di peringkat rayuan. Walaubagaimanapun, terdapat ruang untuk kemukakan jika perlu melalui kebenaran Mahkamah berbidangkuasa rayuan melalui Notis Permohonan atau Notis Usul (bergantung kepada jenis Mahkamah).
Dalam permohonan sedemikian, amat kurang dibenarkan kecuali benar-benar perlu dan dilihat penting bagi kes rayuan berkenaan.
Pernah sekali bagi kes rayuan hukuman mati melibatkan pertuduhan pengedaran dadah. Mahkamah Persekutuan telah benarkan permohonan kemasukkan satu dokumen baru yang menunjukkan identity bahawa perayu bukan sebagaimana dinamakan dalam pertuduhan dan di dalam manifest penerbangan. Namun di akhir rayuan, Mahkamah menyatakan bahawa walaupun dokumen itu penting dan benar menunjukkan nama dan identity berlainan tetapi factor pertuduhan menunjukkan kepada orang yang sama walaupun nama sebenarnya berbeza.
Kegagalan mengemukakan ekshibit dan soalan penting dalam Mahkamah Bicara bagi sesuatu fakta yang penting lebih senang dan mudah dalam memhujahkan bahawa inkompentensi peguambela yang mewakili apabila peguambela perayu boleh membuktikan kegagalan peguambela terdahulu dalam mengendalikan bicara penuh terutama melibatkan hukuman mati.
Nota: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►