Wednesday, March 30, 2022

[1137.22] PENGGANTUNGAN PELAKSANAAN HUKUMAN


Permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman adalah bertujuan untuk menghentikan sementara pelaksanaan hukuman yang diberikan oleh mahkamah sementara menunggu rayuan dibuat ke mahkamah yang lebih tinggi, iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan. Sekiranya permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman dibenarkan, maka hukuman hendaklah dihentikan sehingga rayuan diputuskan oleh Mahkamah yang lebih tinggi.
Mahkamah yang mendengar perbicaraan kes berkaitan mempunyai budibicara untuk membenarkan atau menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut. Rujukan boleh dibuat kepada seksyen 57, 56A, S.51, S.56 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).
Pemfailan rayuan tidak akan memberikan penggantungan atau stay secara automatik kecuali dalam kes hukuman sebat, di mana pelaksanaannya akan ditangguhkan sementara menunggu rayuan. Secara ringkasnya, tiada rayuan boleh beroperasi sebagai penangguhan pelaksanaan, tetapi Mahkamah atas budibicaranya boleh menangguhkan pelaksanaan atas apa-apa penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman.
Bagi hukuman denda, secara amnya, ia mesti dibayar serta-merta selepas hukuman dilafazkan. Walau bagaimanapun, undang-undang membenarkan ansuran dan masa yang munasabah untuk menyelesaikan denda bergantung pada keadaan (lihat seksyen 283 KTJ).
Berkenaan dengan hukuman pemenjaraan, Mahkamah hanya akan membenarkan penggantungan pelaksaan hukuman penjara sekiranya pihak pemohon berjaya membuktikan terdapat keadaan yang luar biasa atau exceptional sebagaimana yang digariskan oleh kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v Public Prosecutor [2004] 1 MLJ 497 FC.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►