Wednesday, March 30, 2022

[1138.22] PROSEDUR MEDIASI DENGAN KEHADIRAN DI MAHKAMAH


Pihak-pihak terlibat perlu mengisi borang persetujuan mediasi yang boleh didapati di laman web mahkamah yang berkenaan dan borang tersebut perlu die-mel kepada Pusat Mediasi terbabit. Pusat Mediasi selanjutnya akan menghubungi pihak-pihak melalui e-mel/telefon. Sementara itu, pihak-pihak perlu menyediakan nombor kes di Mahkamah Bicara, fakta kes, tarikh dan masa lapang pihak-pihak, nama, nombor telefon dan e-mel pihak-pihak serta Peguam-Peguam yang terlibat dan perkara-perkara berikut perlu dihantar melalui e-mel kepada Pusat Mediasi.
Pihak-pihak perlu hadir semasa hari mediasi ditetapkan dan perlulah mendaftarkan kehadiran melalui Sistem Pengesanan Pelawat Mahkamah (secara imbasan kod QR) atau borang pelawat yang boleh didapati di www.kehakiman.gov.my. Pihak-pihak wajib mematuhi penjarakan sosial. Pusat Mediasi akan memastikan pembersihan/proses penyahjangkitan dibuat secara berterusan di bilik mediasi/ruang menunggu/kaunter pendaftaran. Pemakaian pelitup muka dan anitasi tangan wajib dipatuhi oleh setiap pihak yang hadir untuk sesi mediasi. Pihak-pihak perlu hadir di Pusat Mediasi 15 minit sebelum waktu yang ditetapkan. Jika gagal berbuat demikian, sesi mediasi mungkin akan terbatal. Digalakkan untuk setiap pihak menghantar hanya seorang wakil untuk menghadiri sesi mediasi dan wakil yang hadir hendaklah mempunyai mandat untuk membuat keputusan.
Kes yang berjaya diselesaikan melalui mediasi, Peguam perlu menghantar draf perintah yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Peguam/pihak-pihak melalui e-mel kepada Mahkamah Bicara bagi mendapatkan tarikh bagi tujuan merekodkan Perintah Persetujuan. Salinan draf perintah hendaklah dihantar ke Pusat Mediasi sebagai makluman. Bagi kes yang gagal mencapai penyelesaian akan dikembalikan semula kepada Hakim atau Majistret Mahkamah Bicara
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►