"saya dah bayar peguam, saya rasa mahal. Saya boleh tuntut balik wang saya?"
Selain fee berkaitan conveyancing, tidak boleh berbuat sedemikian kerana tiada perkataan berlebihan. Fee adalah ditetapkan berdasarkan ilmu, pengalaman dan cara kerja. Pendek kata, penetapan atas peguam berapa nilaian yang akan dikenakan.
Jika anda setuju, anda boleh melantik mereka. Jika anda rasa tidak bersetuju dengan nilaian fee tersebut, anda boleh memilih peguam yang lain. Anda berhak berbuat sedemikian.
Sudah tentu ada bezanya antara lantikan peguam yang berpengalaman, lama mengendalikan kerja sedemikian, mempunyai reputasi, rakan-rakan perundangan dan pandangan yang luas serta lain-lain nilai tambah yang tiada pada peguam yang baru belajar membuat kerja-kerja guaman.
Namun, peguam tidak boleh memaksa anda. Hak memilih dan melantik adalah hak anda. Cuma pastikan anda menerima resit bagi setiap bayaran anda. Anda juga berhak untuk mendapatkan salinan kerja-kerja yang dilakukan semasa.
Jangan menilai mahal dan murah fee atas kerja dibuat. Jika kerja itu senang dan kecil, anda mungkin tidak perlukan dia.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..