Thursday, March 24, 2022

[1115.22] PROSEDUR MENDAPATKAN SAMPEL URIN BAGI PERTUDUHAN DI BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952


Sepertimana yang kita ketahui, apabila seseorang itu ingin didakwa sama ada jika orang tersebut mengambil atau mengkonsumi dadah, orang tersebut akan melalui satu prosedur yang mana air kencingnya diambil untuk diuji. Prosedur tersebut telah digariskan dalam Kanun Tatacara Jenayah yang mana rata-rata orang sudah sinonim dengan perkara tersebut seperti tempoh masa, dilakukan oleh siapa dan sebagainya. Walaupun demikian, sepertimana yang dinyatakan dalam kes Noor Shariful Rizal Noor Zawawi v. PP [2017] 4 CLJ 434, prosedur yang digariskan oleh dua badan yang dinyatakan dibawah ini juga perlu diambil perhatian:-
1. Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia Bilangan 6/2002 (KKMG)
2. Inspector General's Standing Orders F103 (IGSO)
Kedua-duanya menggariskan bahawa perlunya sampel urin diambil sebanyak DUA KALI.
Seperti yang diputuskan dalam kes di atas yang mana hanya satu sampel urin diambil, mahkamah memutuskan seperti berikut:-
"Perayu hilang peluang mendapat ujian pengesahan kerana hanya satu botol sampel air kencing diambil sedangkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia mengkehendaki agar dua botol sampel air kencing diambil. Perayu dinafikan undang-undang tatacara dan tidak mendapat perbicaraan adil. Hak-haknya bawah Perkara 5(1) dan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan dicabuli. Dia hilang peluang dilepaskan, yang secara munasabah terbuka buatnya. Sabitan dan hukuman perayu adalah khilaf dan tidak selamat."
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►