Thursday, February 24, 2022

[1100.22] TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN YANG TIDAK HADIR BEKERJA TANPA KEBENARAN


Merujuk kepada Peraturan 8 dari Peraturan-Peraturan Pegawai-Pegawai Kerajaan (Kelakuan dan Tatatertib) Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Penggal 83, telah diperuntukkan bahawa, "Seorang Pegawai Yang Tidak Hadir Bekerja Dengan Tidak Mendapat Kebenaran, Kecuali Uzur Atau Dalam Keadaan Yang Tidak Dapat Dielakkan, Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib"
Maka, tindakan tatatertib yang diambil oleh ketua Jabatan bagi kesalahan tidak hadir bekerja tanpa kebenaran berdasarkan kepada Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri bilangan 19/1998 di para 2 yang menyatakan, “Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan hendaklah menahan gaji dan segala elaun pegawai/kakitangan berkenaan mulai dari tarikh pegawai/kakitangan berkenaan tidak hadir bekerja tanpa kebenaran”.
Maka, dalam keadaan mana-mana pegawai atau kakitangan awam tidak hadir bekerja tanpa kebenaran atau oleh sebab keuzuran atau lain-lain yang munasabah, mewajarkan kepada Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan menahan gaji dan elaun yang layak diterima pegawai tersebut bermula dari tarikh tidak hadir bekerja tanpa kebenaran.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►