SERING kali proses perbicaraan di mahkamah sivil dan mahkamah syariah dikaitkan dengan kelewatan perbicaraan. Ini adalah disebabkan mahkamah mempunyai tatacara dan kehendaknya sendiri dalam menyelesaikan kes, malah kes di mahkamah juga sangat banyak yang memerlukan penyelesaian.
Di Malaysia Akta Mediasi 2012 telah pun diluluskan bagi menjamin kelancaran proses mediasi. Akta ini memperincikan ciri-ciri mediasi yang diiktiraf. Namun tiada satu badan khusus ditubuhkan bagi memajukan proses mediasi di Malaysia.
Mediasi adalah suatu proses perundingan terpimpin, tertutup serta terjaga, informal dan sukarela untuk menyelesaikan pertelingkahan dengan dibantu oleh satu pihak ketiga yang neutral, yang dikenali sebagai Mediator.
Mediator tersebut bekerjasama dengan pihak bertelingkah bagi mencari jalan penyelesaian secara damai dan dipersetujui oleh kedua pihak tersebut.
Prosedur Mediasi boleh digunakan dalam pelbagai konteks terutama hubungan dan masalah kekeluargaan. Mediasi bertujuan antara lainnya untuk memberi sokongan terhadap sistem kehakiman yang sedia ada serta alternatif kepada pihak ingin menyelesaikan pertelingkahan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan
ZAHIRAH BAHARI
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..