Pelaksanaan hukuman mati di Malaysia memakan masa yang panjang, maka, banduan akhir khususnya perlu melalui perjalanan kehidupan di penjara lebih kurang sama dengan banduan-banduan bagi jenayah lain yang tidak dijatuhi hukuman mati.
Emosi banduan-banduan akhir ini berperanan besar dalam isu penerimaan hukuman mati yang telah dijatuhkan ke atas mereka. Kebiasaannya, emosi banduan-banduan akhir ini akan berada di tahap yang amat tidak stabil atau terganggu secara extreme yang boleh menyebabkan tekanan sehinggalah Perintah Pelaksanaan Hukuman dijalankan.
Antara cara atau behavioral pattern banduan akhir adalah berunsur emosi yang negatif. Banduan akhir lazimnya akan suka bersendirian, mengalami kegelisahan yang amat teruk, mengambil kira faktor tempoh masa yang perlu dihadapi sebelum pelaksanaan hukuman mati tersebut.
Banduan akhir dalam kategori muda adalah merupakan golongan yang paling terkesan dan kajian menunjukkan mereka menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang amat tidak stabil dan mengalami burnout. Kebanyakan banduan akhir dalam kategori muda menderita penyakit Skizofrenia, lebih tinggi berbanding banduan akhir kategori umur yang lebih tua.
Namun demikian, kajian juga telah menunjukkan bahawa antara cara banduan akhir ini mengatasi masalah-masalah seperti yang dinyatakan sebelum ini, iaitu kesan atau tahap penerimaan hukuman mati tersebut adalah dengan terapi agama bagi membantu ketegangan emosi.
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..