Monday, November 29, 2021

[1043.21] ADAKAH PIHAK YANG MEMULAKAN KAUSA TINDAKAN MEMPUNYAI ‘LOCUS STANDI’?


Government of Malaysia v Lim Kit Siang [1988] 2 MLJ 12, definisi locus standi. Amnya, locus standi adalah kedudukan seseorang dalam memulakan prosiding di Mahkamah. Persoalan lain adalah sama ada Plaintif adalah merupakan pihak yang layak atau mempunyai locus untuk memulakan prosiding? ATAU sama ada Defendan adalah pihak yang betul untuk disaman?
Test bagi ‘locus standi’
Test “substantial interest and genuine interest” di dalam kes Mohamed Bin Ismail v Tan Sri Haji Osman saat & Ors [1982] 2 MLJ 133 dan ‘Adversely affected test’ di dalam kes Government of Malaysia v Lim Kit Siang [1988] 2 MLJ 12. Plaintif hendaklah membutikan bahawa dia mempunyai kepentingan yang telah terkesan secara langsung atau hak Plaintif telah di langgar oleh Defendan dan telah menyebabkan kerugian ke atas Plaintif.
Kes terkini melibatkan ‘locus standi’
Kes Mahkamah Persekutuan Malaysian Trade Union Congress & Ors v Menteri Tenaga, Air and Komunikasi & Anor [2014] 1 MLJU 92 dan dirujuk oleh kes Mahkamah Rayuan Hj Md Radzi B Ismail v Mesti Unggul Sdn Bhd [2016] MLJU 53, di mana Plaintif hendaklah membuktikan kepada Mahkamah bahawa terdapatnya “A real and genuine interest” bagi Mahkamah mempertimbangkan.
Rujukan lain:
Seksyen 41 Akta Relief Spesifik 1950
Izatul nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►