Thursday, November 11, 2021

[1027.21] PROSEDUR MEMBUAT PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH


Rujukan: Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003
Seksyen 13(1): Notis (Borang MS 3) dan disokong dengan Afidavit Sokongan (Borang MS 26) yang diangkat sumpah di hadapan Hakim Syarie atau Pendaftar Mahkamah Syariah.
Apa yang perlu dilampirkan di dalam permohonan?
Dokumen-dokumen sokongan dinamakan sebagai ekshibit-ekshibit (Borang MS 27) perlu dilampirkan di dalam Afidavit yang diperakui sah mengikut bentuk sebagaimana yang dikehendaki.
Dokumen-dokumen sokongan apa yang perlu dilampirkan?
Kad pengenalan, passport, surat perakuan nikah ie: Wilayah Songkhla, Thailand (yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia), gambar-gambar semasa majlis akad nikah diadakan, catatan keterangan #nikah dan surat pengesahan nikah daripada Majlis Agama Wilayah #Songkhla. Tujuan adalah untuk membuktikan kepada Mahkamah kewujudan pernikahan tersebut sehingga mencapai pembuktian di mana tiada keraguan pada pernikahan tersebut.
Seksyen 13(2): Kandungan permohonan merangkumi (1) perintah yang dipohon mesti dinyatakan dengan tepat (2) fakta yang terperinci bagi menyokong permohonan dan (3) disampaikan kepada semua pihak yang berkepentingan di dalamnya.
Seksyen 112: Pemfailan Afidavit bersama Permohonan perlu dibuat dengan sumpah di hadapan Hakim Syarie atau Pendaftar #ahkamah Syariah.
Izatul Nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►