Monday, November 8, 2021

[1019.21] NAFKAH ANAK SELEPAS BERCERAI


Nafkah adalah #tanggungan perbelanjaan dengan tujuan menyara kehidupan ahli keluarga, selepas berkahwin, sama ada pakaian, tempat tinggal, makanan dan perbelanjaan lain.
Dah bercerai / berpisah?
Walaupun pihak-pihak telah bercerai, namun, nafkah anak masih boleh dituntut kerana di dalam Islam, hak mendapatkan kehidupan bagi anak-anak merupakan hak anak yang tidak boleh diganggu dan disekat. Oleh itu, hak hidup itu juga bererti menjadi kewajipan kedua-dua suami isteri, mahu pun telah bercerai, supaya memelihara dan menjaga kebajikan anak tersebut daripada segi pendidikan sehingga anak itu boleh berdikari.
Surah At-Talaq, ayat 7:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya, dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah swt kepadanya, Allah swt tidak memberatkan seseorang melainkan yang diberikan Allah kepadanya.”
Izatul Nabila
+60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►