Suami/isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan permohonan kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan, bersama Afidavit yang mengandungi butiran:-
1. mengenai perkahwinan itu (nama, umur dan jantina anak-anak, jika ada, hasil dari perkahwinan itu);
2. mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat prosiding itu;
3. suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;
4. suatu pernyataan tentang sama ada, jika ada terdapat langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;
5. syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak dari perkahwinan itu, atau peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu (jika ada), dan pembahagian apa-apa aset yang diperolehi melalui usaha bersama pihak-pihak itu (jika ada).
6. mengenai perintah yang diminta.
Kemudinnya, Mahkamah hendaklah satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi bersama dengan satu salinan permohonan dan akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon dan mengarahkan pihak yang satu lagi hadir di Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu.
Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuas hati selepas penyiasatan yang wajar bahawa perkahwinan itu telah pecah belah dan tidak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.
Jika pihak yang satu lagi tidak bersetuju atau Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu, Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Agama sebagai pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi isteri, dan merujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu. Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuat kuasa sehingga berakhir kehamilan itu.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Oleh,
Nur Zahirah Bahari
0109647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..