Monday, October 25, 2021

[1000.21] KERJA SENANG JA

 Ada prospek klien marah saya di Hisham Nazir & Cronies katanya:

"Nak tulis surat macam ini pun nak kena caj macam tu. Surat biasa, kalau ajar, saya pun boleh buat."

Saya jawab:

"Kalau surat anda buat, saya buat adalah sama. Tuan buatlah. Surat saya mungkin simple bagi Tuan tapi kandungannya daripada kepala yang ada ingatan kepada jurnal kes beribu dan ayatnya reflek kepadanya. Banyak juga kes dilaporkan ada tercatat namanya. Pemunya tandatangan adalah seorang biasa tetapi dikenali oleh kebanyakan orang di kesemua tingkat alamat penerima. Tidak termasuk masa dan kos akademik yang ada serta pengalaman kerja hampir 2 dekad"
Rasanya dia tulis sendiri. Kemudiannya tidak dilayan dan tidak berjaya. Kemudiannya telah cuba melakukan sendiri bagi peringkat kedua tetapi tidak dibenarkan oleh 'berkuasa' kerana akan memprejudiskan keadilan kepada tahanan dan tiada locus standi berbuat sedemikian.
Untuk tindakan di Mahkamah, beliau datang lagi dan saya telah cadangan caj guaman agak 7x ganda daripada sebelumnya. Alasan saya tindakannya telah memprejudiskan peluang dan keadilan tahanan. Lagipun bukan kami yang lakukan diperingkat pertama dan kedua, maka banyak yang perlu dibuat bagi menampal kelompongan. Beliau tidak setuju dan kata peguam lain boleh tawarkan dengan harga yang rendah.
"Bagus untuk Tuan, boleh lantik dia"
"Tapi kami mahu peguam yang berpengalaman dan ........" rayu dia.
"Sudah tentu ada beza Merc dan Proton walaupun dua-dua kereta dan boleh sampai". Terdiam dia.
Sebagai peguam biasa/marhaen, aku caj murah ja cuma kekadang sikap klien buat kita charge mahal sebab nak bagi dia pergi tempat lain dan tidak mahu gaduh kemudian hari. Biar miskin tapi lena tidur.
Teringat slogan wanita zaman kini "baik menangis dalam BMW, daripada proton"
Hari ini ada lagi drama sama.
BTW, Tahanan cerita di atas dah bebas di Mahkamah Tinggi.
Sepatutnya tulis sini..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►