Tuesday, September 28, 2021

[971.21] KHIDMAT MASYARAKAT HUKUMAN KES SABITAN JENAYAH[


Antara hukuman baru yang diperkenalkan dalam menelitikan antara tujuan hukuman adalah rehabilitasi dan menjadi sebahagian daripada sosial masyarakat dengan mengurangkan rasa untuk pengulangan kesalahan dan peningkatan kepada tanggungjawab sosial oleh bekas pesalah.
Perintah Khidmat Masyarakat adalah satu hukuman yang diselia tanpa melibatkan hukuman pemenjaraan/jagaan melibatkan pesalah bekerja tanpa bayaran dalam tempoh yang ditentukan oleh Mahkamah dengan selia pihak tertentu seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara peruntukan yang melibatkan Perintah Khidmat Masyarakat :
O Pesalah muda di bawah Seksyen 293 Kanun Keseksaan.
O Seksyen 91 Akta Kanak-kanak 2001
O Offender Compulsory Attendance Act 1954.
Seksyen 293 (1) (e) (i) Kanun Acara Jenayah menggariskan tempoh Khidmat Masyarakat yang dikenakan ke atas pesalah muda adalah boleh sehingga 240 jam kredit. Maka penentuan lain kredit yang dikenakan adalah budi bicara Mahkamah.
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►