Friday, September 17, 2021

[964.21] PENGHAKIMAN TERUS (SUMMARY JUDGMENT)


Penghakiman terus adalah suatu permohonan yang difailkan oleh pihak yang memulakan tindakan (Plaintif) di Mahkamah untuk mendapatkan penghakiman daripada Mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan. Perkara yang sama boleh dibuat oleh Defendan bagi membatalkan saman dan tuntutan Plaintif.
Penghakiman ini bermaksud pihak yang dituntut (Defendan) perlu patuhi perintah yang ditunut oleh Plaintif mahupun Plaintif dibatalkan tuntutannya..
Penghakiman terus dibenarkan jika pihak Defendan tidak mempunyai merit pembelaan atau sekadar memberikan pembelaan penafian semata-mata tanpa menunjukkan perkara tersebut penting dibicarakan di dalam perbicaraan penuh. Manakala pembatalan boleh dibuat jika tunutan Plaintif adalah tiada kausa tindakan, meremehkan dan menyalahgunakan kuasa mahkamah yang Mulia.
Apabila sesebuah pihak memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman terus, mahkamah akan mengarahkan pihak yang satu lagi menunjukkan kepada mahkamah bahawa kesnya terdapat isu-isu penting untuk dibawa ke perbicaraan penuh, sekiranya gagal menunjukkan sedemikian, mahkamah akan membenarkan permohonan penghakiman terus tersebut.
Kes-kes lain di mana Penghakiman (Judgment) boleh dimasukkan terhadap suatu pihak tanpa perlu perbicaraan penuh adalah Penghakiman ingkar kehadiran [kegagalan Defendan memasukkan kehadiran dalam tempoh 14 hari dari tarikh serahan saman], Penghakiman ingkar pembelaan (kegagalan Defendan memfailkan pembelaan dalam tempoh ditetapkan), "Unless order" (kegagalan mana-mana pihak mematuhi arahan mahkamah);
Terdapat juga situasi atau kes di mana Penghakiman Terus tidak dibenarkan iaitu kes saman fitnah (libel & slander), penahanan salah, kemungkiran janji perkahwinan, tuntutan berasaskan "fraud"/ penipuan, perlaksanaan spesifik perjanjian (specific performance), pembatalan kontrak & Lucuthak dan saman terhadap kerajaan (Negeri & Persekutuan).
@Zahirah Bahari
Subang Jaya, 9/2021
+6010-9647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►