Thursday, September 9, 2021

[959.21] APA BEZA FEE GUAMAN JUALAN HARTANAH DENGAN LITIGASI?


"Kenapa lawyer A caj saya lain dengan lawyer B caj saya?"
Fee guaman jualan hartanah yang di sebut sebagai conveyancing caj adalah fee guaman yang tetap. Maksudnya semua peguam dan firma guaman adalah tertakluk kepada statut khusus yang ditetapkan oleh undang-undang untuk caj perkhidmatannya.
Manakala fee guaman untuk litigasi sama ada kes berkaitan jenayah atau sivil, fee adalah bergantung kepada peguam yang mana fee tertakluk kepada kemahiran, pengalaman, kos, cara kerja dan beberapa fakta lain. Antara peguam A dan B, akan ada berlainan caj fee guamannya. Bukan kerana murah patut didahulukan, tetapi cara tindakan dan pertimbangan harus kepada mutu, cara kerja, pengalaman peguam patut di utamakan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►