Wednesday, July 14, 2021

[928.21] KEGAGALAN PENGALAMAN PEGUAMBELA


Semalam heboh berita atas ketidak kompetenan seorang peguambela, lelaki Yaman dibebaskan daripada tali gantung oleh Mahkamah Persekutuan.
Telah banyak komen dan penerangan peguam-peguam mengenainya, jadi tidak perlu saya jelaskan. Penghakiman yang ada telah jelas untuk kita faham.
Cuma suka untuk berkongsi, perlantikan peguam dan pengalaman peguam amat penting. Tiada pengalaman, belajar dan ambil masa dengan peguam lebih berpengalaman. Tidak rugi.
Jangan memberikan janji manis. Jangan pula angkat bakul sendiri dengan semua perkara kita pandai.
Satu ketika saya pernah jumpa sebegini. Bagi pengalaman saya pertuduhan kes pengedaran dadah tersebut senang dipatahkan tetapi OKT dihukum gantung. Banyak isu dan persoalan asas kes pengedaran dadah tidak ditimbulkan semasa bicara di Mahkamah Tinggi.
Semasa Mahkamah Rayuan, antara isu yang saya timbulkan ialah ketidakkompetenan peguambela. Masa tersebut tiada Mahkamah berbidangkuasa rayuan membuat dapatan agak dalam mengenainya. Tiada rujukan khusus oleh kami semua.
Namun rayuan yang saya kendalikan dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan. Saya percaya antara sebabnya ialah ketidakkompetenan peguambelanya masa itu tetapi Mahkamah Rayuan memberikan hint kepada isu lain. Isu itu sahaja cukup membebaskan Perayu daripada tali gantung.
Tiada rayuan kemudiannya oleh Jabatan Peguam Negara. Saya je suruh Perayu agar warden penjara Pokok Sena bawa balik Perayu dan tinggalkan di Tol Sungai Petani.
Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan itu memberikan impak baik tetapi selaku peguam ia seolah membuka pintu dalam menilai sejauh mana atau atas garis panduan mana untuk kita gunakan bahawa peguambela itu tidak berkelayakan atau tidak kompeten untuk mewakili kes melibatkan hukuman mati.
Adakah mereka yang memenuhi syarat peguam lantikan sudah kompeten? Atau ada perbandingan khusus kelak?
Pendek kata, nama kita boleh naik bebila masa sebagai peguambela tidak kompeten.
Last, nama saya pernah dihujahkan sebagai peguambela yang gagal melakukan sesuatu isu yg baik semasa bicara. Mahkamah Tinggi (rayuan) masa itu menyokong dan menegaskan bahawa kerja-kerja peguam terdahulu (saya) adalah bagus (superb) dan menyeluruh. Hakim menegaskan agar rayuan ditumpukan kepada mana-mana kekhilafan mahkamah bawahan kepada hujahan saya. Alhamdullilah, Mahkamah Tinggi mengubah keputusan mahkamah bawahan atas teknikaliti tidak mengambil pertimbangan kepada isu dan hujahan peguam terdahulu.
Erm... Lakukan kerja dengan baik dan amanah. Apa pun keputusan Mahkamah anda mampu lena tidur dan tidak was-was kepada rezeki anda.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►