Wednesday, July 14, 2021

[927.21] KERTAS PERTUDUHAN


Pertuduhan adalah dakwaan perbuatan salah terhadap seseorang mengikut peruntukan undang-undang di bawah seksyen 152 Kanun Prosedur Jenayah. Kertas pertuduhan begitu penting kepada tertuduh kerana ianya memberi tahu kepada tertuduh dengan tepat mengenai apakah kesalahan dan tuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Di mahkamah, TPR akan mengemukakan kertas pertuduhan yang menyatakan butir-butir penting mengenai jenayah yang didakwa. Kertas pertuduhan akan dibacakan kepada suspek yang kini dikenali sebagai tertuduh, dan beliau akan disoal sama ada beliau faham pertuduhan, dan sama ada beliau ingin mengaku bersalah ataupun tidak kepada jenayah yang dipertuduhkan.
Butiran yang perlu ada dalam sesuatu kertas pertuduhan ialah menyatakan identiti dan orang kena tuduh, untuk menerangkan tarikh, masa, tempat, jenis kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan atas kesalahan yang dilakukan tersebut. Contoh pertuduhan:-
“Bahawa kamu, pada (tarikh kejadian) jam lebih kurang (masa), di alamat (tempat di mana OKT melakukan jenayah) telah didapati memperedarkan dadah berbahaya seberat 462 gram Cannabis (menerangkan jenis kesalahan) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (menyatakan Akta atau peruntukan undang-undang tentang kesalahan tersebut) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.”
Hukuman: (Hukuman bagi kesalahan tersebut seperti dinyatakan dalam Akta/peruntukan undang-undang)
@Zahirah Bahari
+60109647961
Bangi


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►