Thursday, July 8, 2021

[915.21] RAYUAN KE ATAS PENGAKUAN SALAH


"Apa tindakan yang boleh diambil, jika berlaku 1 tangkapan dan OKT di dapati bersalah. Polis mengatakan 'jika saya mengaku kesalahan saya akan dikenakan penjara 1 hari, tetapi selepas mengaku saya dikenakan penjara 6 bulan'"
Sesiapa pun yang memberikan harapan atau janji salah sedemikian, anda tidak boleh berbuat apa-apa kerana menjadi hak anda untuk mendapatkan nasihat perundangan dan diwakili peguam yang mana anda tidak berbuat sedemikian.
Perkara ini juga tidak timbul kepada hakim/majistret. Hanya hakim dan majistret yang berkuasa ke atas budibicara untuk menjatuhkan hukuman dan bukan polis dan pendakwaraya atau sesiapa sahaja.
Persetujuan kepada pengakuan dalah dan hukuman boleh diterima oleh Mahkamah jika dibuat melalui proses yang betul melalui Mahkamah sahaja.
Jika anda tidak berpuashati kepada berlaku, anda boleh membuat semakan atau rayuan kepada hukuman atas salah nyataan polis berkenaan.
Menjadi rutin kepada masalah yang ditanya apabila terdapat banyak penguatkuasa menawarkan janji sedemikian bagi memudahkan urusan mereka. tetapi hak anda tidak terhalang untuk mendapatkan nasihat dan diwakili peguam.
Putuskan dengan bijak!


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►