Berdasarkan Kanun Tanah Negara, hak milik yang didaftarkan adalah hak milik yang tidak boleh disangkal. Oleh itu, sekalipun manfaat tanah tersebut dinikmati oleh pihak lain, ianya masih tidak menafikan hak milik tanah tersebut adalah terhadap tuan punya asal.
Berdasarkan kes Lim Chong Yean lwn. Khong Yoke Bee [2019] MLRHU 334, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa hak milik berdaftar adalah tidak boleh disangkal dan sekiranya pihak lain menduduki tanah tersebut tanpa kebenaran, maka ianya boleh diklasifikasikan sebagai suatu tindakan pencerobohan. Sekalipun pemilik berdaftar tidak menduduki tanah tersebut, namun pemilik berdaftar mempunyai hak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penceroboh tanah tersebut.
Maka, dalam apa-apa keadaan sekalipun kecuali di dalam pengecualian tertentu, hak milik tanah yang telah didaftarkan adalah tidak boleh disangkal dan pemilik hartanah tersebut mempunyai sepenuh kuasa dan kawalan ke atas hartanah tersebut.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..