Thursday, July 8, 2021

[913.21] KESAN BURUK RAWATAN MUKA


"Jika membuat aduan bagi kedai yang membuat rawatan muka menyebabkan muka pelanggan mendapat parut yang kekal di muka. Bolehkah kedai dan individu tersebut boleh dikenakan tindakan?"
Ia lebih kepada sivil. Jika benar ia adalah kesan daripada rawatan /produk oleh syarikat berkenaan, maka pihak yang tidak berpuashati boleh membuat tuntutan gantirugi di Mahkamah dengan nilai yang munasabah. (sila rujuk peguam anda untuk isu ini)
Manakala jika ia berkaitan produk kecantikan, satu aduan boleh dibuat kepada Kementerian kesihatan Malaysia, KPNHEP, dan lain-lain agensi. Namun gantirugi hanya boleh dibuat melalui tuntutan sivil.
Wallahua''lam


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►