Terdapat 4 kaedah untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia iaitu:-
i. Berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Artikel 14 Perlembagaan Persekutuan;
ii. Melalui kaedah pendaftaran sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Artikel 15, 15A, 16, 16A dan 18 Perlembagaan Persekutuan;
iii. Kaedah naturalisasi di bawah Artikel 19 Perlembagaan Persekutuan; atau
iv. Melalui kaedah penggabungan wilayah sebagaimana peruntukan Artikel 22 Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan 4 kaedah/cara ini, kaedah pertama adalah kaedah yang boleh dikategorikan sebagai mendapat taraf kewarganegaraan secara automatik yang mana ianya hanya memerlukan sijil kelahiran untuk dikemukakan.
Bagi kaedah-kaedah lain, terdapat syarat dan kriteria yang perlu untuk dipenuhi dan permohonan perlu dibuat kepada pihak kerajaan persekutuan.
@Keyron Nisa
=60109647961
Subang Jaya 07/2021
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..