Sunday, July 4, 2021

[904.21] PENYEWA TIDAK MEMBAYAR SEWA



"Sebuah rumah yang disewa kepada penyewa, penyewa tak nak membayar sewa bertahun dan tak nak keluar dari rumah tersebut. Tiada surat perjanjian antara tuan rumah & penyewa. Tindakan apa yang perlu diambil?"

Sekiranya penyewa enggan memberikan kerjasama, sila lantik peguam untuk mulakan dengan notis undang-undang dan kemudiannya menuntut di Mahkamah bagi satu perintah pengusiran (sila dapatkan maklumat lanjut daripada peguam)

Dengan perintah Mahkamah, penyewa boleh diusir dengan bantuan bailif dan polis (jika perlu).

Tuntutan sewa boleh dibuat serentak di dalam permohonan tersebut atau boleh dibuat melalui saman dan pernyataan tuntutan sebagaimana biasa secara berasingan.

Seeloknya, sila buat satu perjanjian yang baik antara penyewa dan tuanpunya dengan dibuat dan disaksikan oleh Peguam dan disetemkan oleh LHDN. Kosnya tidaklah terlalu tinggi untuk berjimat. Apabila berlaku pertikaian, maka ia adalah penting untuk memastikan hak anda terjaga.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►