Sunday, June 27, 2021

[876.21] KETERANGAN TAMBAHAN PERINGKAT RAYUAN KES JENAYAH



Secara amnya, untuk perbicaraan rayuan, tiada apa-apa keterangan baru yang boleh dikemukakan. Namun, dalam keadaan tertentu, keterangan tambahan boleh dikemukakan dengan kebenaran Mahkamah. Rujukan dibuat kepada kes R vs Parks [1961] 3 All ER 633 yang telah menggariskan beberapa syarat untuk membolehkan keterangan tambahan diterima masuk di peringkat rayuan iaitu:

1. Keterangan tersebut tidak ada semasa perbicaraan; 
2. Keterangan yang relevan terhadap isu yang dibicarakan; 
3. Keterangan perlulah boleh dipercayai; dan 
4. Kemungkinan boleh membangkitkan keraguan munasabah dalam pemikiran hakim bicara jika keterangan tersebut diberikan bersama dengan keterangan lain dalam perbicaraan. 

Prinsip ini telah digunapakai oleh Mahkamah dalam memutuskan keperluan keterangan tambahan di peringkat rayuan.

[Rujuk: Mohd Ridzuan bin Yusof v. PP]
Khairunnisa Kasa 
+6010-9647961
Selangor 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►