Sunday, June 27, 2021

[874.21] KAHWIN PAKSA DI MALAYSIA


"Boleh kahwin paksa ka?"

Secara ringkasnya, dari sudut undang-undang keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan, menurut Seksyen 13 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan bahawa suatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya. Dan sama ada:

(a) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau 

(b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak; 

Persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi.

Seksyen ini hendaklah dibaca bersama dengan Seksyen 37 melalui Akta yang sama menyatakan bahawa melainkan jika dibenarkan oleh Hukum Syarak, seseorang yang menggunakan apa-apa kekerasan atau ugutan: 

(a) untuk memaksa seseorang berkahwin bertentangan dengan kemahuannya; 

(b) atau (b) untuk menahan seseorang lelaki yang telah mencapai umur lapan belas tahun atau seseorang perempuan yang telah mencapai umur enam belas tahun daripada berkahwin dengan sahnya, 

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Zahirah Bahari 
+6010-9647961
Selangor 06/2021


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►