Thursday, May 6, 2021

[848.21] KESAN GAGAL HADIR DALAM JAMINAN MAHKAMAH


"kalau kita dijamin oleh mahkamah tetapi ada masalah hadir macamana"
SITUASI GAGAL HADIR TERUS - Kalau OKT gagal hadir, Mahkamah akan keluarkan waran tangkap dan notis tunjuk sebab kepada Penjaminnya. Satu pendengaran akan dibuat mengenainya. Selepas mendengar keterangan Penjamin atau saksi lain, Mahkamah boleh menarik keseluruhan atau sebahagian wang jaminan kepada kerajaan dan membatalkan jaminan. Maksudnya waran tangkap akan kekal.
SITUASI GAGAL HADIR SEMENTARA ATAU BERMASALAH - Jika ada berlaku masalah kehadiran samada lewat atau silap tarikh, Mahkamah boleh keluarkan waran tangkap dan notis kepada Penjamin dan proses sama di atas dijalankan. Jika ia hadir dan menjelaskan masalah dan alasan yang boleh diterima bahawa ia bukan disengajakan, maka boleh membatalkan waran tangkap dan notis kepada Penjamin berkenaan dan berikan OKT amaran.
Atau Mahkamah boleh menilai semula jaminan tersebut dan membuat penambahan syarat atau amaun. Boleh juga membatalkan jaminan.
Semoga bermanfaat.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►