Tuesday, May 11, 2021

[849.21] APA MATLAMAT KONSULTANSI PEGUAM?


Sebelum anda memutuskan untuk melantik peguambela atau peguamcara, seeloknya anda bertemu dan mendapatkan konsultansi sebaik mungkin. Melalui konsultansi ini, anda anda akan diterangkan mengenai kes anda. Ada peguam kenakan caj konsultansi dan ada yang percuma. Antara apa yang penting anda ketahui semasa konsultansi;
O Pro dan kontra kes anda sudut fakta;
O Pro dan kontra sudut teknikaliti perundangan;
O Cara-cara dan proses prosiding yang patut dilalui;
O Pengendalian peguam kepada pengurusan dan bicara kes;
O Kos-kos kepeguaman dan kos sampingan yang merujuk kepada prosiding di cadangkan;
Ada peguam cakap manis atas sebab perniagaan. Ada peguam cakap jujur sebab faham bahawa orang lain tidak akan mengambil rezekinya. Anda pilih yang mana anda nak.
Peguam senior tidak semestinya mahir dalam bidang tertentu. Manakala peguam baru tidak semestinya tidak bagus. Cuma peguam yang mahir dan berpengalaman dalam bidang yang dicari adalah lebih elok dan memberikan kebaikan.
Up pasal ini sebab 3-4 hari ini panjang sangat mesej daripada seorang suami expatriat yang ceritakan bagaimana isterinya berhubungan luar nikah dengan lelaki lain. Jadi pendek cerita, bagaimana nak 'menarik rambut dalam tepung'.
Telah bagi 5-6 cara prosiding dan cara bagi menyelesaikannya. Untuk penjelasan lanjut, boleh buat konsultansi, takkan nak menaip detail mengenainya. Tidak pula dia mahu. Mungkin nak jimat.
Bila suruh cari peguam dan pertimbangan prosiding dicadangkan, dia boleh kata "...already damaged done. What for to summons him...."
Sebab inilah saya secara personal caj konsultansi. Bukan kerana kita peguam berpengalaman atau mahir tetapi dengan senioriti sebegini, saya tidak mahu rugi masa perkara sebegini.
Aduhai..


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►