Jawapan Ringkas:
Apa jua perkataan, perbuatan, lagak, sentuhan yang mengganggu mangsa berlainan jantina boleh dianggap sebagai gangguan seksual.
Boleh diklasifikasikan sebagai kes jenayah dan sivil. Ini memberikan situasi berbeza antara dua jenis litigasi.
Sekarang bukan seperti dulu, yang mana kalau dulu tindakan menyentuh atau bercakap melampaui dan berbaur seksual dianggap sebagai gangguan seksual tetapi kini sentuhan yang biasa dibuat kepada kanak-kanak juga beh ditakrifkan sebagai gangguan seksual walaupun ia tidak menyentuh bahagian sulit atau terlibat dalam bahagian seksual.
Pendek kata, takrifan gangguan seksual menjadi tanpa sempadan dan akhirnya menjadi definisi berbeza mengikut individu. Walaubagaimanapun, masih tugas mahkamah menilai perbuatan itu sebagai gangguan seksual atau sebaliknya bersesuaian dengan pertuduhan dikemukakan.
Dalam litigasi sivil, menjadi beban Plaintif untuk membuktikan kesnya bahawa berlaku gangguan seksual dan kesan daripadanya yang menjustifikasikan tindakan itu sebagai gangguan.
Terima kasih bertanya.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..