Thursday, March 11, 2021

[822.21] SENIORITI DAN PENGALAMAN PEGUAM


Adalah satu komen yang dok kata peguambela ini hebat dan banyak lagi puji memanjang. Mungkin itu 'kaki' dia tak pastilah. Tapi jangan menjulang tinggi sangat, kerana melalui www.malaysianbar.org.my boleh lihat berapa lama ia menjadi peguam dan boleh anggarkan pengalamannya.
Rupanya yang dipuji hanya 5 tahun menjadi peguambela. Mungkin sebab faktor usia, ia dilihat sangat senior. Ini bagus tentang pengajian undang-undang, sentiasa menjadi pilihan tanpa menjejaskan faktor usia.
Pangkat dan gelaran peguam kanan "senior lawyer" bermula daripada tempoh beramal sebagai peguam melebih 7 tahun ke atas. Ia bukan berdasarkan umur peguam.
Perkara yang sama ada ditimbulkan oleh seorang prospek anakguam tempohari. Datang berbincang dengan saya tetapi sering menyebut apa yang dibincangkan dengan seorang peguam yang lain.
Tidak dinafikan apa yang dicadangkan peguam itu sedap pada telinga yang mendengar, tetapi isu teknikaliti dan prosedur harus diutamakan dalam apa jua tindakan litigasi. Tegas saya proses itu akan bermasalah bila pliding mula sampai ke hadapan Mahkamah.
Pendek cerita dia tidak setuju pandangan saya, dia menyatakan peguam itu lebih senior dan berpengalaman daripada saya. Maka kemungkinan nasihat saya lebih 'murahan'. Masa ini saya amat berterima kasih kerana melihat saya sebagai orang muda.
Malas nak cakap banyak, saya hulurkan handphone saya yang ada pendaftaran peguam di website Majlis Peguam Malaysia, peguam itu hanya baru 3-4 tahun menjadi peguam. Mereka terdiam.
"Nak tengok daftar saya? Taip je nama saya di website tu".
Manakala pengalaman juga berbeza. Mungkin macam saya berpengalaman lama dalam guaman tetapi kerja saya banyak tumpukan kepada litigasi jenayah dan sivil maka kerja guaman conveyancing mungkin cetek dan pelatih dalam kamar mungkin lebih hebat. Kita kena akui pengalaman setiap peguam berbeza. Lebih merunsingkan lebih ramai penyamar sebagai peguam.



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►