Tuesday, March 9, 2021

[820.21] SERTAI GANGSTERISMA?


Takut bila anak muda kata "join gangster itu cool". Sebagai pedoman, saya titipkan 10 nasihat pendek yang berguna:
1. Gangster hanya kerja kuli batak. Ikut orang suruh buat kerja salah;
2. Gangster tiada peluang kaya. Yang banyak duit cepat habis. Yang kekal kaya bos yang ada perniagaan;
3. Gangster hidup dalam ketakutan;
Gangster boleh mati kena bunuh bebila masa. Baik oleh musuh dan kebanyakannya oleh rakan sendiri;
4. Gangster tiada yang hidup beriman dan hidayah. Jadi dosa memanjang. Peluang ke neraka lebih cerah;
5. Hidup dalam kebencian, baik oleh
masyarakat dan keluarga;
6. Hidupnya tidak pernah aman daripada masalah;
7. Bila kena dakwa atau dihimpit masalah, tiada bos mahupun rakan akan membantu. Mereka hanya bantu bila ada kenduri memukul orang atau apa jua nagi manfaat sahaja;
8. Asyik dihimpit persepsi dan masalah oleh pihak penguatkuasa. Bila insaf nanti, masih boleh kena POCA atau sebagainya;
9. Musuh dan ketakutan utama gangster ialah bila tua atau pengikut dipengaruhi orang dan kemungkinan nyawa anda dalam bahaya masa tersebut;
10. Gangster tiada anak yang baik. Anak baik yang tidak akan membela nasibnya atau lebih banyak anak luar nikah. Pendek kata, bila tua tiada anak yang akan berbakti.
Ramai dilihat kini gangster telah berubah dan insaf. Alhamdulillah dan syukur buat mereka. Untuk berubah ia sangat sukar. Jika diberikan peluang ini, jauhi kehidupan sedemikian.
Ambil ikhtibar daripada pengalaman orang.
NOTA: ECO ada pencabar harga nampaknya.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►