Wednesday, February 24, 2021

[808.21] SUGARBOOK - KOMEN RINGKAS


Jika sugarbook berkenaan amalan seksual bebas secara terbuka, saya setuju ia diharamkan. Cuma ralat dalam isu ini tentang beberapa perkara.
Peluang Politik
Pihak kerajaan terutama melalui Kementerian Komunikasi dan MCMC adalah mempunyai kuasa untuk menghalang secara terus atau arahkan penyedia internet untuk menghalangnya tetapi yang banyak bising suruh kerajaan menutupnya adalah ahli politik kerajaan.
Sensitiviti
Isu ini telah lama dan rasanya daripada isu signboard dan promosi terbukanya, telah 3 jenis kerajaan berganti. Kenapa sekarang baru bising? Sebab ia diwarkan oleh media massa. Sekali lagi politik mendapatkan perhatian sebagai pihak yang prihatin.
Sugardaddy dan Sugar Baby
Selepas hasil kajian terhad kepada penyertaan dalam website tersebut diwarkan oleh media, tiada pecahan dan ekstrak bagaimana pernyertaan ini di kalangan bangsa, agama dan gaya hidup. Jika dilihat daripada struktur penyertaan, ia lebih kepada gaya hidup dan bukan permasalahan kewangan yang menjadi punca. Gaya hidup seksual bebas, kemewahan dan tanpa gaya hidup beragama menjadi punca dan dilihat kepada penyertaan, saya percaya bukan Melayu atau Bukan Muslim adalah pihak utama menyertainya.
Saya katakan bahawa isu agama dan kepercayaan yang menjadi teras Rukun Negara kini lebih rendah tanpa mengira bangsa. Kerajaan dan ahli politik perlu buat sebegini. Sebagaimana Ebit Lew lakukan,
Sebagai rakyat, kami ingin lihat penyelesaian bukan hanya menjadi batu loncatan kepada politik. Bukan meyelesaikan dengan memadam tetapi teladan dan baikpulih daripada akar umbi.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►