"saya nak beli lot tanah di Kedah tetapi penjual kata satu pindah milik dan beberapa lot buat Power of Attorney. Boleh ke macam tu"
Biasanya tanah di Kedah adalah bergeran dan banyak juga tanah diduduki adalah tidak bergeran samada tanah masih dalam permohonan atau permintaan kepada pihak kerajaan kerana banyak tanah tidak diberikan hak milik kepada penduduk setempat.
Masalah tanah di Kedah adalah banyak tanah dan kawasan yang telah diduduki dan dijualbeli masih belum dimiliki secara sah dan langsung tidak diberikan hak milik.
Jadi kalau lot/tanah yang ingin dibeli adalah tanah sah dan bergeran, maka isu Power of Attorney tidak timbul. Biasanya masalah ini timbul apabila tanah atau hartanah tidak mempunyai hakmilik jelas atau sukar untuk dipindah milik. Contohnya milikan belum dikeluarkan dan pemaju bermasalah maka jual beli agak bermasalah.
Nasihat Awal: Artikel ini merujuk kepada pengalaman litigasi sivil dan bukan kerja awalan peguam conveyancing.
Rasanya Kedah tidak mempunyai masalah tersebut jika melibatkan tanah. Kecuali tanah itu sendiri bermasalah dalam urusan pindah milik kelak atau isu pemilikan.
Nasihat terbaik untuk masalah sebegini, lantik peguamcara, bayar dalam RM200-300 sahaja dan biarkan peguam membuat carian dan menasihati anda mengenai hartanah dan kebaikan dan keburukan dalam transaksi kelak.
Kenapa nak buang duit bayar peguam sedangkan carian murah sahaja?
Carian murah sahaja. Tapi pegalaman dan ilmu dalam mendapatkan nasihat perundangan adalah tidak ternilai dan mungkin menyelamatkan jutaan wang anda. ANda buat carian, anda buat konklusi, mungkin selapis sahaja. Itu hak anda. Tiada siapa yang rugi.
Dulu ada orang nak jimat dalam RM4000.00-5000.00, membuat transaksi cash pembelian melalui 2 pihak tanpa peguamcara. Rugi tak banyak dalam RM1.6 juta sahaja. Nak saman, agaknya berapa fee guaman?
Pesan sekadar pakat ambil perhatian.
Nota: Gambar sekadar hiasan.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..