Monday, February 22, 2021

[804.21] TANGKAPAN DADAH - LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENCEGAHAN KHAS


"...... Mohon pencerahan kpd yg arif...adakah Akta Dadah Berbahaya(Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 msh lagi valid?? Adik sya telah di tahan oleh pihak narkotik dan d tahan reman selama 60 hari.. Alasan mereka utk membantu siasatan.. Kesalahan adalah d bwh Sek 3(1) ADB(llpk)1985.. Utk pengetahuan adik sya sblm ni mmg kerap kali d tangkap dan d tahan namun tiada satu pun kes pun yg menyabitkan kesalahan beliau. Kesemua kes yg di sabitkan adalah DNAA.. So mohon pencerahan adakah tindakan ini boleh d buat oleh pihak polis trhadap adik saya?"
LLPK mmg tahanan utk tanpa bicara. Sebab tiada bukti, dia ditahan di bawah peruntukan LLPK. Kalau ada bukti, tahan dan dakwa di mahkamah seperti biasa.
Ia bukan tahanan utk bantu siasatan, ia tahan bagi IO (polis) siapkan kertas siasatan ikut Pernyataan Kes utk Kementerian Dalam Negeri. Dalam hari ke 45-55 (biasanya), KDN akan keluarkan perintah tahanan 2 tahun di simpang renggam atau batu gajah.
Biasanya kalau ikut cerita awak ni, jarang dapat gelang kaki duk luar.
Penting kalau sayang, lantiklah peguambela terus. Banyak peluang dan step hilang. Jangan tunggu akhir baru nak mula lantik peguambela.
Pengalaman saya, lantik dan kerja awal, boleh lepas kes sebegini. Kalau tunggu masa Lembaga Pencegahan Jenayah bersidang atau Mahkamah Tinggi bagi Semakan Kehakiman, susah nak lepas.
Ramai bebas daripada perintah tahanan bila kami buat kerja awal. Bila sampai Mahkamah, masih ada peluang tapi agak tipis.
Nota: Soalan ini daripada grup lain yang telah dijawab oleh kami.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►