Monday, February 22, 2021

[803.21] APA ITU DOMISIL (DOMICILE)?


"May i know what is domicile and issue in my divorce matter?"
Rasanya masalah pihak yang bertanya telah selesai dan patut merujuk kepada peguamcaranya tentang kenapa isu tersebut menjadi penting dan menjadi permasalahan di Mahkamah Tinggi.
Sedikit sebanyak penerangan telah diberikan dan beliau faham tentang situasi kes mereka.
Banyak artikel tentang domisil di internet dan anda boleh buat carian dengan senang. Apa yang nak saya kongsikan ialah dalam bentuk mudah.
Domisil ibaratkan di mana hati anda berpaut. Itulah pemakaian dalam perundangan Malaysia, Common Law dan perundangan Islam (dalam bab fekah). Memandangkan ia melibatkan hati terletak, maka ia berkaitan bidangkuasa mahkamah juga. Domisil dibicarakan dalam bab perkahwinan dan perceraian.
Seksyen 3 Akta Memperbaharui Undang-undang menyatakan bahawa setiap rakyat Malaysia adalah berdomisil di Malaysia sehingga ada perundangan yang memutuskan sebaliknya. Namun di dalam akta yang sama dalam seksyen 48 dan 49 menerimapakai perundangan Common Law yang menggunakan prinsip domisil seorang isteri adalah tertakluk kepada domisil suaminya. Perkara ini tidak pernah diubah oleh mana-mana peruntukan dan masih digunapakai sehigga kini. Maka jika ada perceraian, maka bidangkuasanya adalah domisil yang sedia ada iaitu di Malaysia atau di negara domisil suaminya (jika bukan Malaysia).
Harap anda faham.
Mengenai bab fekah dan perundangan Islam tadi, tidak mahu hurai panjang cuma sekadar prinsip sama digunapakai kepada perundangan islam tetapi dalam konsep dan isu perceraian, boleh dibuat di luar kawasan perkahwinan asalkan bermastautin kerana masih mengikuti konsep yang sama sebab dalam satu negara sana, Malaysia.
Sebagai contoh, hukum jamak qasar masih bergantung kepada domisil yang mana kita tidak layak melakukannya di tempat adanya domisil kita terletak. (Saya pun keliru ayat ni. macam kitab kuning). manakala bagaimana hukum melibatkan domisil terlibat, maka isteri, anak dan jagaan suami, hendaklah mengikut kepada hukum ke atas suami mengikut domisil.
InsyaAllah.
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►