Monday, February 22, 2021

[805.21] SEXTORTION


Sextortion adalah merupakan jenayah yang mana melibatkan penyebaran gambar/video lucah tanpa persetujuan mangsa dengan tujuan untuk mengugut atau meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan.
Kebanyakkan mangsa yang diugut ini takut untuk mengambil tindakan atau membuat laporan polis. Di Malaysia, kes seperti ini semakin meluas dan semakin banyak terjadi.
Antara tindakan yang boleh dilakukan sekiranya terlibat dengan situasi sebegini, mangsa boleh membuat laporan polis dan juga membuat aduan secara atas talian kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kebanyakkan mangsa bertindak untuk berdiam diri kerana malu atau takut dengan ugutan tersebut tanpa menyedari bahawa terdapat saluran yang betul untuk menyelesaikan isu ini.
Undang-undang Malaysia juga telah memperuntukkan bahawa apa-apa penyebaran maklumat peribadi adalah merupakan suatu kesalahan apatah lagi dicampur aduk dengan ugutan.
Seksyen 383 Kanun Keseksaan memperuntukkan dengan jelas bahawa:
383. Whoever intentionally puts any person in fear of any injury to that person or to any other, and thereby dishonestly induces the person so put in fear to deliver to any person any property or valuable security, or anything signed or sealed which may be converted into a valuable security, commits “extortion”.
Kesalahan di bawah seksyen ini boleh dihukum di bawah Seksyen 384 akta yang sama iaitu:
384. whoever commits extortion shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten years or with fine or with whipping or with any two of such punishments.
Khairunnisa Kasa
Pendang, Kedah


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►