Thursday, February 11, 2021

[788.21] PEMERIKSAAN UTAMA


Perbicaraan ialah satu aktiviti yang lazimnya dirancang dengan begitu teliti oleh PEGUAM untuk mencapai matlamat yang diingini, iaitu kemenangan kes. Kejayaan satu-satu kes itu pula bergantung kepada bahan bukti dan keterangan yang dikemukakan yang dapat menyokong pendirian satu-satu pihak.
Dalam hal ini, sistem perundangan Malaysia menetapkan bahawa keterangan hanya boleh dikutip melalui satu proses soal-jawab di mahkamah yang juga dikenali sebagai tradisi lisan atau oral tradition yang diwarisi daripada sistem Common Law England yang digunapakai di Malaysia.
Secara ringkas, common law berteraskan prinsip duluan mahkamah dan doktrin stare decisis yang merujuk kepada prinsip perundangan kes.
Di mahkamah Malaysia, proses soal-jawab tertakluk di bawah Rules of the High Court 1980 dan Akta Keterangan 1950. Prosedur dan Akta menetapkan supaya keterangan dapat dibina daripada pemeriksaan saksi.
Saksi-saksi yang dipanggil akan melalui soal-jawab yang bermula daripada pemeriksaan utama oleh peguam pemanggil. Jikalau didapati bahawa keterangan harus diperiksa semula, peguam lawan akan menjalankan pemeriksaan balas yang bertujuan untuk merapuhkan keterangan. Apabila ini terjadi, peguam pemanggil akan menjalankan pemeriksaan semula.
Secara amnya, proses soal-jawab mungkin menyerupai satu perbualan biasa (Atkinson and Drew 1979) dan bercirikan adjacency pairs atau pasangan lazim. Namun begitu, kajian telah membuktikan bahawa ‘soala-nsoalan’ yang diajukan mempunyai fungsi-fungsi dan matlamat yang tersendiri.
Pemeriksaan utama lazimnya memfokus kepada elemen-elemen atau fakta-fakta terpenting sahaja (material facts). Keadaan ini bermakna proses soal-jawab mungkin akan memecahkan turutan peristiwa kerana berkemungkinan peristiwa yang penting terjadi harus didahulukan (foregrounded). Sebagai contoh, dalam kes jenayah, kejadian jenayah itu dipersembahkan dahulu sebelum pembinaan motif dan rentetan peritiwa yang lain.
Zahirah Bahari
Subang Jaya, Selangor


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►