Thursday, February 4, 2021

[783.21] FITNAH? BOLEH BUAT TUNTUTAN SIVIL DAN TUNTUTAN JENAYAH?


Fitnah boleh didefinisikan sebagai perkara yang merosakkan reputasi seseorang dalam mana-mana jawatan, profesion, atau perniagannya atau merosakkan kredibiliti seseorang.
Di Malaysia, tuntutan jenayah ke atas perbuatan fitnah diperuntukkan di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan. Seksyen 502 memperuntukkan hukuman penalti berbentuk penjara atau denda sekiranya disabitkan kesalahan. Secara umumnya, ia merupakan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya. Selain itu, tuntutan fitnah jenayah juga boleh dikenakan melalui tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948). Contohnya hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan. Seterusnya, fitnah yang menyebabkan lahirnya atau membentuk rasa tidak puas hati terhadap pemerintah kerajaan. Sekiranya sabit kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948, seseorang boleh didenda tidak melenihi RM5,000.00 dan/atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan penjara tidak meelbihi 5 tahun bagi kesalahan seterusnya. Tindakan fitnah ini hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara, tidak boleh melalui individu.
Manakala, bagi jenis tuntutan yang kedua iaitu tuntutan sivil, ia diperuntukkan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957). Remedi yang disediakan oleh Mahkamah bagi tuntutan sivil ini ialah pampasan atau ganti rugi. Tindakan boleh dimulakan atas kapasiti persendirian.
Zahirah Bahari
Subang Jaya, Selangor

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►