Thursday, February 4, 2021

[784.21] Kenapa hibah memudahkan proses pengurusan harta pusaka?


Hibah ialah satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang (Ibn Rush, 1996).
Rukun Hibah ada 4
1. Pemberi ( Al Wahib )
Pemberi mestilah sempurna akal, baliigh serta tidak muflis
2. Penerima ( Al- Mawhub lahu )
Sesiapa sahaja, asal boleh memiliki harta, bagi yang belum mukallaf, hendaklah ada wali atau pemegang amanah yang boleh menerima hibah untuk pihaknya
3. Barang yang dihibahkan (al-Mawhub)
Halal, bernilai di sisi syarak, milik sempurna pemberi hibah, boleh diserah milik, wujub pada masa hibah
4. Ijab dan Qabul
Ada sambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul
Perkara yang paling penting selepas 4 rukun ini, ialah al Qabd. Penerimaan dan penyerahan barang yang dihibahkan.
Terdapat dua (2) jenis Hibah iaitu Hibah Mutlak dan Hibah Bersyarat (Umra dan Ruqba). Hibah bersyarat ialah kontrak hibah yang mana penghibah meletakkan sesuatu syarat sampingan bersama-sama akad hibah bagi melaksanakan pemberiannya manakala Hibah Mutlak adalah sebaliknya. Contoh hibah bersyarat adalah satu bentuk pemberian hak milikan terhadap sesuatu harta kepada seseorang dengan menetapkan atau menghadkan tempoh pemilikannya berdasarkan kematian pemberi atau kematian penerima.
Namun demikian, perlu diingat bahawa selain dari hibah terdapat beberapa instrumen lain dalam perancangan harta semasa hidup seperti wakaf, wasiat, sedekah, hadiah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, instrumen hibah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sebagai instrumen perancangan harta semasa hidup seperti berikut:
(a) Pemberian harta secara hibah boleh memupuk perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturrahim
Jaminan bahawa pemberian harta secara hibah boleh memupuk kasih sayang antara pemberi dan penerima telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam hadis yang dinyatakan sebelum ini.
(b) Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja
Hibah berbeza dengan pembahagian harta secara faraid kerana yang layak mendapat harta pusaka adalah waris-waris si mati sahaja. Namun hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh pemberi hibah sama ada ia merupakan waris atau bukan waris. Selain itu hibah juga boleh diberikan kepada non Muslim bagi tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan bukan untuk tujuan maksiat.
(c) Kadar harta yang dihibahkan tiada had
(d) Pemanfaatan harta boleh dilakukan secara terus dan semaksimum mungkin
(e) Pemberian harta secara hibah mengikut kesesuaian status penerima hibah
Walaupun hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki olen pemberi hibah, namun jika dilihat dari sudut perancangan harta secara terancang maka wajar mengambil kira status penerima hibah dari segi ekonomi atau sosial. Faktor tanggungjawab, peranan dan sumbangan juga boleh diberi pertimbangan dalam menentukan penerima hibah dan kadar atau bahagian harta yang hendak dihibahkan.
Merujuk kepada fakta kes Muhammad Awang & yang lain lwn Awang Deraman & yang lain [2004] CLJ (Sya) 139, si mati, iaitu responden pertama semasa hayatnya telah menghibahkan dua bidang tanah miliknya kepada responden kedua dan ketiga, iaitu anak-anaknya. Selepas kematian responden, perayu-perayu, yang merupakan anak-anak si mati yang lain telah mempertikaikan kesahan hibah tersebut atas alasan antaranya pembahagian tersebut tidak adil kerana dibuat secara tidak sama rata. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pemberian tersebut walaupun kelihatan tidak adil tetapi merupakan sesuatu yang sah hukumnya. Hakim Daud Muhammad dalam menyampaikan penghakiman mahkamah berkata (Rusnadewi Abdul Rashid & Nor Hisyam Ahmad 2013: 100)
“Pada zahirnya, hibah yang dilakukan oleh gemulah (si mati) menempatkan sesuatu tindakan yang kurang adil kerana mengetepikan kepentingan sebahagian anaknya. Tetapi pada hakikatnya mungkin ada sebab-sebab yang munasabah, gemulah (si mati) dan Allah sahaja yang lebih mengetahui”.
(f) Harta yang dihibahkan oleh ibu bapa (termasuk datuk dan nenek) kepada anak-anak boleh ditarik balik atau dibatalkan
Sesuatu pemberian harta secara hibah secara umumnya tidak boleh ditarik balik atau dibatalkan setelah ia memenuhi kesemua rukun dan syarat hibah.
Namun demikian, pemberian harta secara hibah oleh ibu bapa kepada anak-anak atau datuk dan nenek kepada cucu-cucu boleh ditarik balik
“Tidak halal seseorang lelaki muslim yang memberi sesuatu pemberian atau hibah maka ditarik kembali pemberian atau hibah tersebut kecuali pemberian atau hibah seorang bapa kepada anaknya” (Hadis riwayat Abu Dawud).
(g) Pemberian harta secara hibah boleh dilakukan tanpa pindah milik harta dalam dokumen hakmilik (geran)
Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa sesuatu pemberian harta secara hibah tidak sah jika pertukaran nama pada dokumen hakmilik tidak dilakukan. Walau bagaimanapun dokumen hibah perlu dibuat secara jelas atau bertulis supaya tidak berlaku sebarang pertikaian selepas kematian pemberi hibah.
Golongan yang kritikal memerlukan perancangan hibah
1. Pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama ( 2 nama SNP/Joint Loan).
2. Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja;
3. Pasangan yang mempunyai anak angkat
4. Pasangan yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata selepas sekian lama.
5. golongan yang berpoligami
6. Pasangan yang masih mempunyai ibu dah ayah
7. Golongan yang sekian lama membujang
8. Pasangan yang mempunyai anak OKU
9. Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan
10. Individu yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Haji
11. Ahli perniagaan
Zahirah Bahari
Subang Jaya, Selangor



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►