Friday, January 22, 2021

[771.21] TIADA JAWATAN DITAWARKAN SEPANJANG TAHUN 2021


Ada isu menarik tentang dakwaan katanya ada pergerakan peguam muda. Jawapan peribadi saya ringkas:
1. Pengurusan firma guaman adalah hak pemilik/rakan kongsi:
2. Tonjolkan bakat dan kemahiran yang mampu menaikkan firma, anda akan dihargai sudut kewangan termasuk menjadi rakan kongsi:
3. Tawaran latihan dalam kamar adalah hampir tidak diperlukan terutama dalam keadaan ekonomi sekarang. Bersyukurlah. Ia lebih kepada sumbangan firma kepada kehendak perundangan.
4. Hampir kesemua pelatih dalam kamar masih meletakkan minda mereka sebagai pelajar:
5. Hampir semua peguam muda masih meletakkan mindanya seolah kerani biasa, kerja dan gaji dihujung bulan.
Pendek cerita. Semua menerima tempias ekonomi ekoran covid19. Bertabah lah!
Tiada jawatan ditawarkan pada 2021 biarpun ada jawatan dikosongkan.
Sila jangan emel dan whatsapp merayu mengenainya. Tiada iklan jawatan kosong untuk kami timbangkan apa-apa permohonan anda melalui emel kami yang semakin hari semakin banyak diterima.
Apatah lagi untuk menjawab pelbagai kerenah pernintaan anda.
InsyaAllah!
...…............…..........


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►