Thursday, December 17, 2020

[753.20] STIGMA SELANGKAH KAKI KE NERAKA BAGI SEORANG PEGUAM


Masyarakat sering menyatakan kerjaya peguam ini mengundang dosa kerana membela pihak yang bersalah. Di dalam prinsip Islam menyuruh kita membela mereka yang terdakwa dengan hak untuk dibicarakan. Boleh rujuk kembali kisah Ali bin Abi Talib yang ditolak tuntutan ke atas barangannya.
Masyarakat tidak memahami konsep pembelaan, sekiranya suatu kes jenayah itu telah dibuktikan di peringkat pendakwaan di mana terdapat prima facie, tertuduh dipanggil untuk membela diri, ia bukan bermakna tertuduh itu bersalah. Seseorang tertuduh adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Masyarakat perlu tahu bahawa setiap inidividu di Malaysia mempunyai hak dan perlindungan saksama di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.
Jika seseorang itu adalah suspek atau tertuduh bagi satu kes jenayah, beliau mempunyai hak untuk membela diri di Mahkamah. Tidak semua orang yang dihadapkan di Mahkamah adalah bersalah, ada sahaja kes di mana mereka dianaya, pertahankan diri atau tidak sengaja seperti jika berlaku kemalangan di mana pemandu terbabas dan melanggar mati seorang pengguna jalan raya lain. Contoh berikutnya seperti yang berlaku pada tahun 2018 di mana seorang lelaki membunuh seorang perompak yang memecah masuk ke dalam kediaman beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Bukanlah suatu perbuatan menjustifikasikan jenayah yang lain. Rujuk juga kes Mahkamah Rayuan – Mohammad Zulkifli bin Ismail vs. PP [2020] yang heboh suatu ketika di Terengganu.
Kesimpulannya, masyarakat perlu memahami proses undang-undang serta Mahkamah dan jangan cuba untuk menjadi hakim dengan menjatuhkan hukuman sendiri dan stigma seperti “membela seorang pesalah kepada seorang peguam” harus dihentikan kerana kerjaya peguam juga mempunyai bidang-bidang lain yang tidak terlibat dengan kesalahan jenayah seperti korporat, conveyancing dan sivil yang dapat dipecahkan kepada lebih banyak seperti perceraian, kecuaian dan sebagainya.
@Aainaa Ozaimudi
Subang Jaya [12/2020]
"i met and adviced by him (Wriggleworth) everyday😅" - Hisham Nazir


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►